|
Adam ≡
Posted on Monday, July 27, 2015 at 8:26 AM
Aku wujudkan
Adam dalam hidup aku, supaya aku boleh lupakan segala kedukaan yang berlaku
sepanjang perjalanan hidup aku. Adam tak wujud. Adam hanya lahir dalam
imaginasi aku. Dan aku terbawa-bawa sehingga ke realiti. Adam yang aku wujudkan
adalah seorang lelaki yang penyanyang, pendengar terbaik, pembantu dikala
susah, penghapus air mata, lelaki yang penuh sabar dengan kerenah aku. Adam
seorang lelaki yang tahu bila kala aku perlukan dia, yang hadir tanpa perlu
diseru, melalui detik dan firasatnya dia hadir disisi dan memberi dorongan
kepada aku. Pemangkin semangat yang jatuh, rapuh dan musnah. Dengan kewujudan
Adam, aku dapat lupakan kehadiran Pak Anjang yang meragut seluruh hidup aku. Dengan
kehadiran Adam, aku dapat lupakan penyesalan aku pada Amirul. Dengan kehadiran
Adam, aku mampu mengapuskan segala memori duka dengan Wan Aziq.
Sayangnya, aku hapuskan Adam sementelah kewujudan Fadhli. Aku bayangkan betapa
aku sudah menjumpai lelaki seperti Adam, yang menyayangi aku tanpa syarat,
disisi aku tanpa pulangan, dan aku boleh bergantung berharap padanya secara
emosi.
Aku salah.
Fadhli jauh beza dengan Adam yang aku cipta. Adam tidak menyakiti fizikal
mahupun emosiku. Adam sangat berhati-hati dalam setiap tutur kata dan
perlakuannya, agar tiada setitis air mata pun yang menitis kerana dia. Fadhli
sebaliknya. Selagi dia mampu menitiskan air mata aku, dia akan lakukan. Emosi
aku terganggu. Kesihatan aku terjejas. Semakin terjejas. Dan implikasi yag aku
terima setelah bersama Fadhli Harun – depresi.
Sehingga satu
hari, aku nekad cukur kepala menjadi botak. Dengan penyakit yang tak putus
datang, dan macam-macam lagi. Saat Fadhli berusaha menyakiti aku, aku rindukan
kewujudan Adam yang mampu membahagiakan aku. Tekanan. Aku berusaha untuk
menyembunyikan tapi aku gagal. Tiada hari yang aku dapat jalani tanpa air mata.
Siang, malam aku hanya dengan kebencian, kekecewaan, air mata, putus harapan.
Mana senyuman yang biasa terukir di bibir? Hapus.
Saat terbukti
kewujudan depresi dalam diri, Fadhli pergi. Kawan-kawan turut pergi. Dan kini
aku tinggal sendiri. Bukan aku tolak ketepi keluarga kesayangan aku, tapi
apalah yang dapat mereka fahami dengan segala ranjau yang berlaku dalam hidup
aku? Terlalu berat untuk aku luahkan. Dan aku gagal untuk melangkah dari memori
silam. Hidup aku masih dihantui dengan bayang-bayang Pak Anjang, Arwah Amirul
dan kekejaman lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku.
Dan saat ini aku
terlalu rindukan kewujudan Adam. Sungguh dalam kecintaan aku pada Adam.
Sehingga aku dapat rasakan kehadiran Adam, dapat menyentuh wajah Adam dan
merasai hangat badan Adam. Aku terlalu rindukan Adam. Aku terlalu sayangkan
Adam.
Empat tahun aku
mencintai Adam – yang hanya wujud pada mata kasar dan halus aku, yang hanya
wujud dalam hati aku, yang membuat hanya aku tersenyum. Aku yang wujudkan Adam,
dan aku yang mematikan Adam. Semenjak perginya Adam, setahun yang lalu hidup
aku penuh badai yang menggagalkan aku untuk terus kuat seperti selalu.
Cinta aku pada
Adam terlalu kuat, sehingga Fadhli hadir dan meleraikan cinta itu. Setahun sudah
berlalu, dan aku hilang arah. Aku cuba wujudkan kembali Adam, tapi yang hadir
Zamazree. Dan kali ini, kekecewaan apakah yang bakal aku hadapi?
Empat tahun
cinta aku hanya pada Adam, walaupun kadang kala aku masih terimbau kewujudan
arwah Amirul. Empat tahun aku lunaskan cinta pada Adam, cinta yang tidak dapat
dibuktikan. Dan kali ini, saat bahagia mula bertandang, kenapa kesedihan
menerpa menghapus senyuman?
Empat tahun aku
cintakan insan yang tak wujud, dan baru kali ini aku merasakan bahagia. Tapi
hanya seketika.
|
|
0 Comment:
Post a comment