rant on PKP 3.0 part 1
Posted on Thursday, June 17, 2021 at 10:34 AM


kali ni tak tau la kali yang ke berapa aku dalam hubungan. lepas satu ke satu orang, semua tak menjadi. banyak kali aku fikir salah aku ke atau aku memang dilahirkan sial dalam hubungan? Hah! Entah. Cuba tanya aku sekarang apa aku nak? Aku cuma nak rasa bebas sebab penat dibebani dengan persoalan yang tak berkesudahan -- pasal triggered la, pasal memori silam la, pasal anjang la, pasal ex-ex gf diorang la, eh macam-macamlah!

kalau tanya aku sekarang  aku nak apa, aku cuma nak rehat. nak rehat daripada semua perasaan yang membebankan ni sebab aku sampai dah satu tahap ptak rasa nak kahwin, tak rasa nak ada orang kat sebelah, tak rasa nak ada suami -- mungkin sebab aku rasa semua benda aku boleh buat sendiri kot?

kalau tanya apa aku rasa sekarang, aku cuma nak travel. haa ye, tau sekarang aku dengan hidayat, tapi -- tak macam yang aku bayangkan. aku rasa aku makin banyak pendam daripada bercerita sekarang. sebab dia kata dia dah takut nak cakap apa-apa dengan aku , dia takut aku triggered. aku pulak fikir sekarang, kalau orang takut dengan aku, takut aku triggered, yadaaa-yadaa, what's the point of me being in a relationship if I still triggered and can't get over with my past?

aku sekarang ada banyak benda aku geram dengan dayat, ada banyak benda aku nak luah dengan dayat, ada banyak benda aku nak tanya kat dayat -- tapi perkataan dia'turn off' dengan aku dulu buat  aku rasaaaaaaaaa ------- fineeee, pendam je la lagi bagus.

penat doh pendam ni sebenarnya - penat gila. tapi tu la, aku boleh buat apa kan? nak cerita bukan ada orang dengar pun. kena judge lagi ada la, kang salah luah, salah langkah pulak. yang terbaik, pendam je la. takpe la sendiri sakit daripada orang lain yang sakit hati. sobs.

Numb
Posted on Wednesday, November 11, 2020 at 8:37 AM


 Emotional numbness.

Numb yang bukan bermaksud kebas. Ia lebih daripada rasa kebas. Dapat rasa kebas tu satu nikmat yang patut kau rasa syukur. Sebab emotional numbness ni membuatkan kau gagal rasa apa-apa.

Kau cuma rasa kosong, walaupun kau dikelilingi ramai orang.
Rasa kosong walaupun keliling kau penuh dengan hilai tawa riuh rendah orang lain.
Rasa kosong walaupun perkara sedih baru menimpa kau.
Dan rasa kosong walaupun jiran sebelah baru buat kau marah.

Kalau orang tanya apa aku rasa, aku okay ke tak hari ni, aku cuma mampu jawab - entah. Sebab aku tak tau aku rasa apa. Dan aku dah lama tak rasa something yang occupied dalam diri aku.

Bila orang cakap sayang aku, rindu aku - aku numb.
Bila orang marah aku - aku numb.
Bila orang buat lawak ketawa gelak sakan - aku numb.

Dilabel takde perasaan tu dah biasa. Sebab tu ramai yang perkotak-katikkan aku, bergurau tak kena tempat, marah tak tentu hala, dan sebagainya.

Best ke? Tak. Tak best. Sebab bila aku sakit sekalipun, aku numb. Thrill-seeker tu bolehlah jugak label kat aku. Sebab, self harm pun satu cara utk aku tau apa rasanya. Tapi damn, I am still numb.


*Now playing - Numb by Linkin Park

Entah Pada 2020
Posted on Sunday, October 25, 2020 at 4:48 AM


 Bertahun lamanya aku tak singgah ke sini, menaip apa yang aku rasa, lihat dan dengar, meluahkan apa yang aku fikir. Bertahun lamanya aku rasa aku dah lupa segala jenis perasaan yang ada. Cuma yang sinonim pada aku adalah marah, kecewa dan sedih. Pernah ketawa pernah gembira tapi seketika. Dan seterusnya, berterusan jiwa aku seakan kosong dan mati.

Ya. Mati. Apa saja yang aku lakukan seakan satu jalan kearah jalan mati. Sentiasa menemui jalan mati dan buntu. Dan apa lagi yang aku boleh tunjukkan dan katakan pada marhaen keliling? Hanya senyuman tawar dan sepalsu yang mungkin. 

Entah. My favourite word sekarang. Entah.

Entah kenapa sekarang aku rindukan Adam. Cuba aku seru, cuba aku bayangkan dan cuba aku wujudkan kembali, tapi gagal. Adam betul-betul mati. Mati dari segenap dimensi dalam bayangan aku.

Entah kenapa sekarang yang aku rasakan sepi. Sepi walaupun dikelilingi orang lain. Sepi walaupun ditemani gelak tawa ahli keluarga bila bersama. Sepi walaupun aku memandang sedalamnya pada wajah mak dan bapak. 

Entah kenapa sekarang yang aku rasakan adalah persoalan demi persoalan yang bertahun tahun lamanya tak jumpa jawapan. Barangkali, jawapan tu ada, tapi aku yang hiraukan. Barangkali jawapan tu aku dah jumpa, tapi bukan yang aku nak dengar. Barangkali, jawapan tu ada pada diri aku sendiri, tapi aku ego nak akuinya.

Entah kenapa, detik demi detik, bayangan yang datang sebelum ni, makin memudar, tapi masih utuh rasa sakit dalam hati. Ada kala rindu kewujudan mereka sebelum ini, kemudian, perlahan-lahan bertukar jadi marah dan dendam. Dendam yang tak sudah. Marah yang berpanjangan. Sampai bila? Aku tak tahu. Mungkin, sampai tiba tarikh luput nafas aku. Tak penat? Tak letih? Letih. Penat. Tapi kalau aku lupakan, ak uakan alpa dan upa, dan biarkan kitaran yang pernah berlaku dulu jadi lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Dan, daripada perasaan marah dan dendam, perlahan-lahan aku menangis. Tiap malam, setiap malam, kerana aku rindu. Satu kenyataan dan hakikat yang aku tak kan dapat ubah, sekeji mana mereka lakukan, mereka pernah jadi insan yang terpenting dalam hidup aku. Dan momen saat mereka itu yang terutama pada aku membuatkan aku rindu. Rindu pada perasaan bahagia yang seketika itu. Rindu pada rasa yang membuatkan aku lupa sakit pada waktu itu. Seketika tapi rindu. 

Sebab itulah takkan boleh aku padamkan api dendam dan amarah aku pada mereka, takut-takut rasa rindu menguasai diri dan menjadikan aku bodoh berkali-kali seperti dulu.

Dan sebab itulah kemaraan api itu memakan seluruh jiwa aku menjadi - mati. 

Entah.

2017 should be a comeback
Posted on Saturday, July 22, 2017 at 7:24 AM

Hoi, apa sepah sepah ni berhabuk sana sini. kenapa takde orang kemas ni? zzz.

kau ingat kau seketul anak raja ada maid nak kemas sepah kau? berangan. pergi kemas sendiri le.

oh hai, macam dah lama gila babun tak jenguk sini. kalau ni rumah dah berhantu aku rasa. mujur bukan. so, apa khabar manusia sejagat? 2017 ni ad alagi ke orang layan blogger? ada kan, aku lah. dah ingat aku bunian?

setahun menghilang. hampir setahun lah. banyak benda nak kongsi tapi tah mana nak mula. nak share benda best ke benda hambar ke benda drama swasta yang dari dulu plot sama. duhh. sad life. SS life is a sad life. T_T

have you ever been in a situation where you want to isolate yourself from others? staying alone with no noise no network no drama no problems just you and it's all you. ever thinking bout that?

me? always. 

aku selalu mengimpikan satu moment yang aku nak menikmati secawan kopi di beranda sambil menikmati angin sepoi bahasa, atas meja berbekalkan jurnal yang aku karang seabad mengenai pengembaraaan dunia SS, di samping telinga di sajikan dengan beberapa genre muzik yang not so high beat not so damn slow beat. justtt nice.

lepas tu depan aku ada pantai yang biru, sambil pasir memutih dan pokok pokok kelapa yang menari lembut menampar dedaunan satu sama lain. kejap kejap ada flamingo datang terbang singgah beranda sambil usha roti halia aku. 

lepastu aku tersenyum pandang flamingo dan membiarkan beliau menjamah sehingga licin kemudia berterbangan menuju ke pantai bersama fauna lain.

uhhhhh bestnya. tiap kali aku terbayangkan tu aku rasa i am the one yang so called as hawaian girl. kah. hawai korok mu.

sedarlah wahai manusia sejagat bila aku dah mula membicarakan sesuatu yang melibatkan isolasi ni bermakna aku betul betul maksudkan. aku nak lari, lari dari hiruk pikuk dunia yang tak ubah plot perjalanan harian. lari dari mata manusia yang penuh dusta dan bibir manusia yang selambak nista. lari dari hati hati manusia yang arif tentang prejudis dan sangsi - membuatkan aku tak lari dari perkara tersebut. rimas lehenet. 

sekali je sekali je. tolong lah bagi impian aku menjadi kenyataan. agar mudah untuk aku memberi kenyataan penutup di muka buku bahawa impian ku tercapai. 

sekali je please. 

Sesaat Melepaskan Keletihan Memandu
Posted on Sunday, October 2, 2016 at 4:43 PM

Aku rasa tiap minggu pun ulang alik KL! Penatnyaaa!!!

Tapi takpe, dalma kepenatan tersebut aku dapat duit poket seratus. HAHA. Alhamdulillah, dah selamat sampai Melaka dah pun. Betul-betul merantau seluruh Selangor semalam. Daripada Taman Tun Dr Ismail - Ampang - Kepong - Batang Kali - Melaka.

Kau pernah rasa tak bila satu tahap kau dah penat duduk satu tempat, short escape tu rasa melegakan sangat, dan bila kau nak balik semula ke tempat asal, kau rasa benak dan beban balik. Yes dude, aku sedang merasainya sekarang. Semalam aku rasa malas ah baik Melaka, nak stay KL, stay rumah abang Sha dulu, lepastu pergi skate Shah Alam, skate lagi lagi dan lagi sampai muntah. Penat, rehat dengar lagu metal. Headbanging sikit. Lepastu jalan makan, skate lagi, lagi dan lagi.

Tu cerita dia kalau banyak pitih la. Ini duit pun mengharapkan luck. Keh.

Aku nak cerita panjang tapi aku rasa harini nak masuk tiga hari aku tak bercakap dengan orang. Setakat melayan diorang berbual tu biasalah. Bercakap daripada aliran otak aku ni zero. Haih betul-betul membawa diri. zzzz

Hari Min Kahwin Kena Pergi KL zzz
Posted on Friday, September 30, 2016 at 7:44 PM

Competitive.
Aku seorang competitive. Perfectionist. Aku suka bersaing dengan orang diatas aku. Kalau dia boleh buat, aku nak juga buat macam tu. Kalau aku buat sesuatu, aku nak sempurna. Terlalu mengejar kesempurnaan sampai aku penat, baru aku aci redah lebih kurang. 

Benda ni melarat bila aku jejak universiti. Sebab rasa terbeban dengan harapan mak bapak nak anak dia dapat dekan, nak tengok anak dia graduasi, aku tak ambil tu sebagai satu motivasi, tapi kata-kata basi yang buat aku terbeban. 

Penyudahnya? haa macam ni lah. Melanguk dekat universiti bertahun-tahun.

Tak boleh ke kalau kita belajar sambil menikmati hidup usia remaja yang nak explore macam-macam benda? Kenapa aku rasa yang sistem pendidikan kat Malaysia ni sejak zaman aku sekolah lagi satu beban? Tak fun. Ke aku sorang je rasa macam tu? Bangun pagi hafal - hafal - hafal. Jejak sekolah kejar A - A - A. Jejak kolej, universiti kejar 4.00 - 4.00 - 4.00 . Bila dapat capai target tu pun macam yelah, kalau sekolah A dalam range dari sekian ke sekian. Kalau dapat cukup makan pun aci redah je cikgu pandang semberono. 

Kadang yang aku nampak kenapa tak di beri penghargaan pada yang berpenat lelah berusaha untuk capai apa yang dia dapat? Lagi nak downkan adalah. Dasar Melayu.

Okay sorry. Mungkin kata-kata aku ada berbaur perasaan dan emosi. Memanglah, sebab benda ni kena kat aku kot. Sampai sekarang pulak tu aku terasa. Tapi bila aku dah taip macam ni, aku fikir balik, kenapa aku nak utamakan dua ketul cikgu yang pandang rendah gila kat aku dulu. Walhal ramai je cikgu lain yang respect dengan usaha aku. Cikgu Radin, Cikgu Mohd, Cikgu Mokhtar, Cikgu Naim, Cikgu Rosziah. Ni je kot? Nak nak cikgu Radin, yang aku paling rapat dengan dia. Tapi sebab sekarang aku macam belum berjaya kan, macam tak boleh beat dengan budak sekolah aku yang lain, aku segan nak tunjuk muka dekat cikgu-cikgu aku. Nak jejak sekolah pun macam alahai apa benda je nak kongsi dengan junior. Senior dia ni seorang troublemaker kot. Siap planning nak lari daripada hostel last-last kantoi. Alahai.

Tapi (hmm nampak tak still nak salahkan orang lain haha) okay fine fine. aku Cuba la take positive. Belajar selagi mampu, buat yang terbaik. Pergi mampus pasal benda lain termasuklah budak rumah yang buat hal sendiri, budak kelas yang pandang aku macam taiko yakuza Jepun, kena makan sorang jalan sorang skate syok sendiri, layan lagu metal sorang main word search sorang, relationship yang entah apa-apa entah, dan sebagainya. 

Yang aku tau sekarang aku dah ada laptop baru, laptop lama ni aku nak repair. Kalau boleh pakai, aku pakai dua-dua. baru nampak macam hacker sejati ye dak? HAHAHA.

Weh, aku nak mandi. Nak packing baju nak pergi KL. Kepada member merangkap abang yang suka bahan pedas dengan aku, selamat pengantin baru. Bingai-2 kau ni kahwin jugak kan? 

dah dah. layan metal, tolak tepi benda lain. dah ada boyfriend baru kan. haha threesome la bersama buat system. KAHKAH. astaga -,-

Tribute Throwback Sepatu Roda
Posted on Wednesday, August 17, 2016 at 3:45 PM

Dah setahun rollerblade jadi sebahagian dalam hidup aku. Mula dengan freestyle inline dan tukar angin dengan aggressive inline sampai ke akhir. Masa mula aku jengah muka dalam dunia sepatu roda ni, masa tu lah sukan kasut roda ni mula naik macam cendawan. Blade sewa, kedai blade, group blade, macam-macal lagi. 23 tahun hidup aku tak pernah terfikir yang aku akan ada kasut roda sendiri. *hihi*

Aku mula main masa 2 Ogos 2015. Masa tu kawan aku si Acap bawa main dekat Dataran Pahlawan. Masa tu lah aku kenal cikgu Saffah dan lain-lain. Pertama kali main cikgu dah bagi A *hee* sebab aku cepat belajar. Lepastu bila upgrade sikit dengan skill lain terus ke laut. Aku mula la jengah-jengah cari nak beli kasut sendiri, tapi tak mampu lagi. Yang tahu brand yang super sedap, SEBA je. Super sedap ni maksud dia dari segi kualiti, keselesaan, teknologi dan harga. *haha* 

Dalam masa menjengah nak kumpul duit beli kasut roda sendiri, aku tergerak nak pergi ke Bukit Serindit. Aku tak pernah sampai sini lagi, tak pernah pergi sendiri. Bukit Serindit agak besar, dan aku tak tahu ada jalan belakang. Aku parking dekat pintu depan, port cikgu Saffah main kasut roda pulak dekat belakang. Err, tengah-tengah ceruk sikit la, takde belakang sangat. Nak jadi cerita, masa tu taknak mesej atau call cikgu, surprise la konon-konon. Haa berpeluh cari pusing sana-sini. Bila dah jumpa, aku ingatkan tak ramai. Rupanya, itulah moment aku tengok orang main kasut roda lompat sana, lompat sini, macam-macam gaya. Terpegun? SANGAT!! *^_^*

Aku still main dengan berbekalkan RM10 setiap kali main sebagai sewa kasut dengan cikgu. Cikgu ajar la buat itu buat ini, tapi mata kita ni asyik dok tengok orang tu lompat sana sini, Bestnya! Nak try! Sebab ye lah, aku kaki tak lembut macam sotong nak buat macam menari-menari tu. Perasan la konon kaki kita ni kuat nak jatuh - lompat tu *haha*

Sampai satu hari tu berkenalan dengan geng-geng aggressive, dan diorang bagi pinjam satu kasut diorang. aku pun try pakai, roll kosong. Sebab masa tu cikgu tak datang kot? Aku pun tak ingat. Dia punya seronok, terus aku nekad menjengah September aku nak beralih daripada freestyle ke agresif. Sorry cikgu, Abang Joe, sebab hilang satu geng roll petang-petang hihi. 

Kasut pertama yang aku pakai kasut Biskut - Valo V13 turqoise. Roll dengan skate aggressive rasa confident sebab wheel dia tak besar macam freestyle. Rasa yakin tak jatuh tu tinggi. Masa tu tak reti lagi dengan terms dan bahasa budak-budak skate ni. Frame la soulplate la anti-rocker la. Yang aku tau masa tu ooo tapak dia lebar. Kasut dia style ade togel ada yang ada baju. Haaaa macam tu la first impression aku. Ingat balik mak aih jakun gila bunyi. Haha. 

15 Oktober - Aku beli skate yang pertama. Secondhand, tapi condition tiptop lagi. Pro Model Razors - Mathias Silhan. Dan sejak tu, sepatu roda dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Bila aku dah kata jadi sebahagian daripada hidup aku, aku akan jadikan benda tu sebagai satu benda yang aku ambil tahu, cuba jengah scene, belajar itu ini, macam-macam.


Sumpah, aku tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan ada hobi macam ni minat macam ni. Tambah lagi, aku tak pernah terfikir pun yang scene ni banyak ajar aku dalam kehidupan tentang kehidupan survive dengan kehidupan. 

Putar roda sambil menikmati kehidupan - rasakan angin dan kenikmatannya. 




Older »


TOP▲
© 2011-2013 s4s.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.