|
Entah Pada 2020 ≡
Posted on Sunday, October 25, 2020 at 4:48 AM
Bertahun lamanya aku tak singgah ke sini, menaip apa yang aku rasa, lihat dan dengar, meluahkan apa yang aku fikir. Bertahun lamanya aku rasa aku dah lupa segala jenis perasaan yang ada. Cuma yang sinonim pada aku adalah marah, kecewa dan sedih. Pernah ketawa pernah gembira tapi seketika. Dan seterusnya, berterusan jiwa aku seakan kosong dan mati. Ya. Mati. Apa saja yang aku lakukan seakan satu jalan kearah jalan mati. Sentiasa menemui jalan mati dan buntu. Dan apa lagi yang aku boleh tunjukkan dan katakan pada marhaen keliling? Hanya senyuman tawar dan sepalsu yang mungkin. Entah. My favourite word sekarang. Entah. Entah kenapa sekarang aku rindukan Adam. Cuba aku seru, cuba aku bayangkan dan cuba aku wujudkan kembali, tapi gagal. Adam betul-betul mati. Mati dari segenap dimensi dalam bayangan aku. Entah kenapa sekarang yang aku rasakan sepi. Sepi walaupun dikelilingi orang lain. Sepi walaupun ditemani gelak tawa ahli keluarga bila bersama. Sepi walaupun aku memandang sedalamnya pada wajah mak dan bapak. Entah kenapa sekarang yang aku rasakan adalah persoalan demi persoalan yang bertahun tahun lamanya tak jumpa jawapan. Barangkali, jawapan tu ada, tapi aku yang hiraukan. Barangkali jawapan tu aku dah jumpa, tapi bukan yang aku nak dengar. Barangkali, jawapan tu ada pada diri aku sendiri, tapi aku ego nak akuinya. Entah kenapa, detik demi detik, bayangan yang datang sebelum ni, makin memudar, tapi masih utuh rasa sakit dalam hati. Ada kala rindu kewujudan mereka sebelum ini, kemudian, perlahan-lahan bertukar jadi marah dan dendam. Dendam yang tak sudah. Marah yang berpanjangan. Sampai bila? Aku tak tahu. Mungkin, sampai tiba tarikh luput nafas aku. Tak penat? Tak letih? Letih. Penat. Tapi kalau aku lupakan, ak uakan alpa dan upa, dan biarkan kitaran yang pernah berlaku dulu jadi lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan, daripada perasaan marah dan dendam, perlahan-lahan aku menangis. Tiap malam, setiap malam, kerana aku rindu. Satu kenyataan dan hakikat yang aku tak kan dapat ubah, sekeji mana mereka lakukan, mereka pernah jadi insan yang terpenting dalam hidup aku. Dan momen saat mereka itu yang terutama pada aku membuatkan aku rindu. Rindu pada perasaan bahagia yang seketika itu. Rindu pada rasa yang membuatkan aku lupa sakit pada waktu itu. Seketika tapi rindu. Sebab itulah takkan boleh aku padamkan api dendam dan amarah aku pada mereka, takut-takut rasa rindu menguasai diri dan menjadikan aku bodoh berkali-kali seperti dulu. Dan sebab itulah kemaraan api itu memakan seluruh jiwa aku menjadi - mati. Entah. |
|
0 Comment:
Post a comment