2017 should be a comeback
Posted on Saturday, July 22, 2017 at 7:24 AM

Hoi, apa sepah sepah ni berhabuk sana sini. kenapa takde orang kemas ni? zzz.

kau ingat kau seketul anak raja ada maid nak kemas sepah kau? berangan. pergi kemas sendiri le.

oh hai, macam dah lama gila babun tak jenguk sini. kalau ni rumah dah berhantu aku rasa. mujur bukan. so, apa khabar manusia sejagat? 2017 ni ad alagi ke orang layan blogger? ada kan, aku lah. dah ingat aku bunian?

setahun menghilang. hampir setahun lah. banyak benda nak kongsi tapi tah mana nak mula. nak share benda best ke benda hambar ke benda drama swasta yang dari dulu plot sama. duhh. sad life. SS life is a sad life. T_T

have you ever been in a situation where you want to isolate yourself from others? staying alone with no noise no network no drama no problems just you and it's all you. ever thinking bout that?

me? always. 

aku selalu mengimpikan satu moment yang aku nak menikmati secawan kopi di beranda sambil menikmati angin sepoi bahasa, atas meja berbekalkan jurnal yang aku karang seabad mengenai pengembaraaan dunia SS, di samping telinga di sajikan dengan beberapa genre muzik yang not so high beat not so damn slow beat. justtt nice.

lepas tu depan aku ada pantai yang biru, sambil pasir memutih dan pokok pokok kelapa yang menari lembut menampar dedaunan satu sama lain. kejap kejap ada flamingo datang terbang singgah beranda sambil usha roti halia aku. 

lepastu aku tersenyum pandang flamingo dan membiarkan beliau menjamah sehingga licin kemudia berterbangan menuju ke pantai bersama fauna lain.

uhhhhh bestnya. tiap kali aku terbayangkan tu aku rasa i am the one yang so called as hawaian girl. kah. hawai korok mu.

sedarlah wahai manusia sejagat bila aku dah mula membicarakan sesuatu yang melibatkan isolasi ni bermakna aku betul betul maksudkan. aku nak lari, lari dari hiruk pikuk dunia yang tak ubah plot perjalanan harian. lari dari mata manusia yang penuh dusta dan bibir manusia yang selambak nista. lari dari hati hati manusia yang arif tentang prejudis dan sangsi - membuatkan aku tak lari dari perkara tersebut. rimas lehenet. 

sekali je sekali je. tolong lah bagi impian aku menjadi kenyataan. agar mudah untuk aku memberi kenyataan penutup di muka buku bahawa impian ku tercapai. 

sekali je please. 

0 Comment:


Post a comment
« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 s4s.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.