|
Hari Min Kahwin Kena Pergi KL zzz ≡
Posted on Friday, September 30, 2016 at 7:44 PM
Competitive.
Aku seorang competitive. Perfectionist. Aku suka bersaing dengan orang diatas aku. Kalau dia boleh buat, aku nak juga buat macam tu. Kalau aku buat sesuatu, aku nak sempurna. Terlalu mengejar kesempurnaan sampai aku penat, baru aku aci redah lebih kurang.
Benda ni melarat bila aku jejak universiti. Sebab rasa terbeban dengan harapan mak bapak nak anak dia dapat dekan, nak tengok anak dia graduasi, aku tak ambil tu sebagai satu motivasi, tapi kata-kata basi yang buat aku terbeban.
Penyudahnya? haa macam ni lah. Melanguk dekat universiti bertahun-tahun.
Tak boleh ke kalau kita belajar sambil menikmati hidup usia remaja yang nak explore macam-macam benda? Kenapa aku rasa yang sistem pendidikan kat Malaysia ni sejak zaman aku sekolah lagi satu beban? Tak fun. Ke aku sorang je rasa macam tu? Bangun pagi hafal - hafal - hafal. Jejak sekolah kejar A - A - A. Jejak kolej, universiti kejar 4.00 - 4.00 - 4.00 . Bila dapat capai target tu pun macam yelah, kalau sekolah A dalam range dari sekian ke sekian. Kalau dapat cukup makan pun aci redah je cikgu pandang semberono.
Kadang yang aku nampak kenapa tak di beri penghargaan pada yang berpenat lelah berusaha untuk capai apa yang dia dapat? Lagi nak downkan adalah. Dasar Melayu.
Okay sorry. Mungkin kata-kata aku ada berbaur perasaan dan emosi. Memanglah, sebab benda ni kena kat aku kot. Sampai sekarang pulak tu aku terasa. Tapi bila aku dah taip macam ni, aku fikir balik, kenapa aku nak utamakan dua ketul cikgu yang pandang rendah gila kat aku dulu. Walhal ramai je cikgu lain yang respect dengan usaha aku. Cikgu Radin, Cikgu Mohd, Cikgu Mokhtar, Cikgu Naim, Cikgu Rosziah. Ni je kot? Nak nak cikgu Radin, yang aku paling rapat dengan dia. Tapi sebab sekarang aku macam belum berjaya kan, macam tak boleh beat dengan budak sekolah aku yang lain, aku segan nak tunjuk muka dekat cikgu-cikgu aku. Nak jejak sekolah pun macam alahai apa benda je nak kongsi dengan junior. Senior dia ni seorang troublemaker kot. Siap planning nak lari daripada hostel last-last kantoi. Alahai.
Tapi (hmm nampak tak still nak salahkan orang lain haha) okay fine fine. aku Cuba la take positive. Belajar selagi mampu, buat yang terbaik. Pergi mampus pasal benda lain termasuklah budak rumah yang buat hal sendiri, budak kelas yang pandang aku macam taiko yakuza Jepun, kena makan sorang jalan sorang skate syok sendiri, layan lagu metal sorang main word search sorang, relationship yang entah apa-apa entah, dan sebagainya.
Yang aku tau sekarang aku dah ada laptop baru, laptop lama ni aku nak repair. Kalau boleh pakai, aku pakai dua-dua. baru nampak macam hacker sejati ye dak? HAHAHA.
Weh, aku nak mandi. Nak packing baju nak pergi KL. Kepada member merangkap abang yang suka bahan pedas dengan aku, selamat pengantin baru. Bingai-2 kau ni kahwin jugak kan?
dah dah. layan metal, tolak tepi benda lain. dah ada boyfriend baru kan. haha threesome la bersama buat system. KAHKAH. astaga -,-
|
|
0 Comment:
Post a comment