Tribute Throwback Sepatu Roda
Posted on Wednesday, August 17, 2016 at 3:45 PM

Dah setahun rollerblade jadi sebahagian dalam hidup aku. Mula dengan freestyle inline dan tukar angin dengan aggressive inline sampai ke akhir. Masa mula aku jengah muka dalam dunia sepatu roda ni, masa tu lah sukan kasut roda ni mula naik macam cendawan. Blade sewa, kedai blade, group blade, macam-macal lagi. 23 tahun hidup aku tak pernah terfikir yang aku akan ada kasut roda sendiri. *hihi*

Aku mula main masa 2 Ogos 2015. Masa tu kawan aku si Acap bawa main dekat Dataran Pahlawan. Masa tu lah aku kenal cikgu Saffah dan lain-lain. Pertama kali main cikgu dah bagi A *hee* sebab aku cepat belajar. Lepastu bila upgrade sikit dengan skill lain terus ke laut. Aku mula la jengah-jengah cari nak beli kasut sendiri, tapi tak mampu lagi. Yang tahu brand yang super sedap, SEBA je. Super sedap ni maksud dia dari segi kualiti, keselesaan, teknologi dan harga. *haha* 

Dalam masa menjengah nak kumpul duit beli kasut roda sendiri, aku tergerak nak pergi ke Bukit Serindit. Aku tak pernah sampai sini lagi, tak pernah pergi sendiri. Bukit Serindit agak besar, dan aku tak tahu ada jalan belakang. Aku parking dekat pintu depan, port cikgu Saffah main kasut roda pulak dekat belakang. Err, tengah-tengah ceruk sikit la, takde belakang sangat. Nak jadi cerita, masa tu taknak mesej atau call cikgu, surprise la konon-konon. Haa berpeluh cari pusing sana-sini. Bila dah jumpa, aku ingatkan tak ramai. Rupanya, itulah moment aku tengok orang main kasut roda lompat sana, lompat sini, macam-macam gaya. Terpegun? SANGAT!! *^_^*

Aku still main dengan berbekalkan RM10 setiap kali main sebagai sewa kasut dengan cikgu. Cikgu ajar la buat itu buat ini, tapi mata kita ni asyik dok tengok orang tu lompat sana sini, Bestnya! Nak try! Sebab ye lah, aku kaki tak lembut macam sotong nak buat macam menari-menari tu. Perasan la konon kaki kita ni kuat nak jatuh - lompat tu *haha*

Sampai satu hari tu berkenalan dengan geng-geng aggressive, dan diorang bagi pinjam satu kasut diorang. aku pun try pakai, roll kosong. Sebab masa tu cikgu tak datang kot? Aku pun tak ingat. Dia punya seronok, terus aku nekad menjengah September aku nak beralih daripada freestyle ke agresif. Sorry cikgu, Abang Joe, sebab hilang satu geng roll petang-petang hihi. 

Kasut pertama yang aku pakai kasut Biskut - Valo V13 turqoise. Roll dengan skate aggressive rasa confident sebab wheel dia tak besar macam freestyle. Rasa yakin tak jatuh tu tinggi. Masa tu tak reti lagi dengan terms dan bahasa budak-budak skate ni. Frame la soulplate la anti-rocker la. Yang aku tau masa tu ooo tapak dia lebar. Kasut dia style ade togel ada yang ada baju. Haaaa macam tu la first impression aku. Ingat balik mak aih jakun gila bunyi. Haha. 

15 Oktober - Aku beli skate yang pertama. Secondhand, tapi condition tiptop lagi. Pro Model Razors - Mathias Silhan. Dan sejak tu, sepatu roda dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Bila aku dah kata jadi sebahagian daripada hidup aku, aku akan jadikan benda tu sebagai satu benda yang aku ambil tahu, cuba jengah scene, belajar itu ini, macam-macam.


Sumpah, aku tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan ada hobi macam ni minat macam ni. Tambah lagi, aku tak pernah terfikir pun yang scene ni banyak ajar aku dalam kehidupan tentang kehidupan survive dengan kehidupan. 

Putar roda sambil menikmati kehidupan - rasakan angin dan kenikmatannya. 




0 Comment:


Post a comment
« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 s4s.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.